Ads
Pengalaman Religius

Siti Nurhaliza (3): Terus Memperbaiki Diri, dan Allah Selalu Bersama Kita

Avatar photo
Ditulis oleh Asih Arimurti

Perempuan Melayu saat ini, Siti lihat masih lagi mengekalkan ciri-ciri mereka yang tersendiri, yaitu terkenal dengan lemah lembut, sopan santun, serta menghormati orang lain. Ciri-ciri ini masih kekal dan dalam waktu yang sama, mereka juga banyak menyumbangkan kepada peradaban dan ketamadunan bangsa.

Alhamdulillah, hingga saat ini Siti diberi Kesehatan dan kekuatan dalam menjalani hidup ini. Siti tak henti-hentinya bersyukur sama Yang Mahakuasa. Setelah album terbaru yang bertajuk E.M.A.S. (Edaran Muzik Aspirasi Semasa) keluar, Siti masih sibuk membuat promosi di samping memenuhi pelbagi permintaan membuat persembahan di serata tempat. Siti juga terlibat dengan penggambaran iklan dan banyak lagi. Sejak dulu, Siti ingin bekerja sama dengan musisi Indonesia, terutama Melly Goeslaw. Tetapi, sampai sejauh ini belum ada kesempatan.

Album E.M.A.S. Siti ini mengandung beraneka ragam pesan. Mulai dari masalah ketuhanan, cinta, sampai peperangan. Sebagai figur publik, Siti merasa perlu mengungkapkan kepekaan dan keprihatinan terhadap berbagai masalah dalam album ini. Secara pribadi, album ini memberi peluang bagi Siti untuk mengembangkan diri melalui penulisan lirik dan penggarapan musik. Siti menyumbangkan lirik untuk enam lagu (selain Bukan Cinta Biasa, ada Kuyakini, Kumilikmu, Janji Kasih, Sebenar Cinta, Debaran Cinta). Sambutan masyarakat Malaysia dan Indonesia terhadap album Siti cukup baik. Mungkin kerana musik yang ditawarkan album ini lebih variatif dan cocok untuk kalangan muda. Ada irama pop, dance, dan hip-hop. Oleh karena itu, dengan senang hati Siti akan menyanyikan sambil menari. Tentunya disesuaikan dengan gaya Siti. Siti ikuti tren yang sedang berlaku, tetapi disesuaikan dengan batasan-batasan tertentu. Misalnya Siti tidak mungkin tampil dengan mengenakan tanktop atau pakaian terlalu terbuka, yang menampakkan aurat. Siti tidak biasa tampil buka-bukaan di muka publik. Pakaian seperti itu hanya cocok digunakan di rumah. Siti lebih suka pakaian tertutup, Siti merasa lebih percaya diri.

Memang, cara setiap orang untuk mengekspresikan diri dalam berpakaian, tidaklah sama. Seperti yang Siti bilang, Siti lebih suka pakaian yang tidak menampakkan aurat. Tetapi, jangan karena itu lantas orang memandang Siti seperti orang suci. Siti ini manusia biasa yang sewaktu-waktu bisa khilaf. Siti kenakan pakaian yang cenderung tertutup, karena sekali lagi Siti tegaskan, cara berpakaian itulah yang paling sesuai dengan kepribadian Siti. Siti beruntung, perusahaan rekaman dan manajemen memberi Siti kebebasan untuk memilih pakaian sesuai selera. Tidak ada tekanan dari mereka.

Mulanya, Siti tidak yakin mengikuti suara hati. Timbul konflik batin. Siti tidak tahu, sebaiknya kukuh dengan selera pribadi, atau terbawa arus, mengadaptasi gaya yang sedang tren di kalangan muda. Betul juga, ada beberapa pihak yang mengkritik cara Siti berpakaian seperti orang tua dan kurang mencerminkan jiwa muda. Tak sesuai dengan usia. Di Malaysia, bukan hal aneh menyaksikan penyanyi muda bergaya bak artis Barat, seperti memamerkan pusar. Siti tidak sepaham dengan selera mereka, walau Siti tidak menentang. Akhirnya Siti memutuskan bertahan dengan gaya sendiri. Siti merasa tak percaya diri mengenakan pakaian terbuka. Bukan berarti Siti tidak ikut tren. Siti menyikapi tren dengan cara berbeda. Seperti remaja lain, Siti juga senang pakai celana jins dan kaos oblong. Ini perlu di-balance, disamakan. Lebih-lebih lagi tanggung jawab diri Siti untuk menyampaikan lagu-lagu tradisional. Kalau kita selalu sering saja menyanyikan lagu-lagu modern, menyanyikan lagu tradisional pun susah juga.

Tetap mengekalkan ciri ketimuran

Siti tak nafikan, dulu memang susah nak lihat anak-anak remaja nyanyikan lagu-lagu tradisional. Artis-artis baru juga memang susah muncul dengan lagu tradisional. Mereka masing-masing takut tak confidence, apakah album itu laku dijual atau tidak. Tetapi sekarang, makin ramai. Artis muda, artis baru, untuk album pertama saja sudah muncul dengan album tradisional. Artinya, ada pergeseran. Lagu-lagu tradisional Melayu itu sudah diterima semua pihak di Malaysia. Orang ramai sudah menyukainya, Di sekolah sendiri pun sudah ada diadakan pertandingan nyanyian lagu-lagu Melayu tradisional. Bukankah itu sudah menunjukkan yang terbaik?

Siti tak boleh katakan, populernya lagu Melayu itu kerana Siti. Siti rasa, semua pihak pun membantu menarik perhatian muda-mudi mendengar nyanyian tradisional. Tapi secara tidak langsung lagu Cindai itu meletuk (meledak, laku keras) dan ramai orang menyanyikan lagu itu, termasuk anak-anak kecil pun sudah mau sampaikan lagu tradisional. Tapi, kalau orang kata itu kerana Siti, dan kalau itu menjadi ikutan, Siti lagi rasa senang. Siti bangga jika lagu dari tanah air sendiri itu masih lagi diingati.

Dan walaupun kita menuju ke era yang lebih maju, kita tetap perlu mengekalkan ciri ketimuran kita, tradisi Melayu kita. Kerana itu yang melambangkan Melayu kita, bukan? Kalau semuanya, segala-galanya, sudah kita tukar dengan yang asing, untuk sekadar menjadi orang modern, itu sudah tidak menunjukkan jati diri kita yang sebenarnya. Siti tak mungkin meniru Britney Spears. Siti masih berpegang pada adat. Kalau goyang, Siti berpada-pada, tidak goyang keterlaluan.

Siti sendiri dalam industri musik sering mendengar, melihat dan mengikuti apa saja yang terjadi. Siti mengikuti fesyen. Suatu hari kita mengikuti peredaran semasa (yang sedang mode), tapi masih lagi mengekalkan identity kita sebagai negara Timur, Melayu kita. Perempuan Melayu saat ini, Siti lihat masih lagi mengekalkan ciri-ciri mereka yang tersendiri, yaitu terkenal dengan lemah lembut, sopan santun, serta menghormati orang lain. Ciri-ciri ini masih kekal dan dalam waktu yang sama, mereka juga banyak menyumbangkan kepada peradaban dan ketamadunan bangsa.

Sebagai insan, Siti amat bersyukur dengan segala kurniaan Allah pada Siti dan keluarga. Di antaranya Siti dikasih bakat vokal khas Melayu. Semua kurniaan ini, membuatkan kami senantiasa bersyukur dan mengingat Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tapi kalau merasa puas atau merasa yang terbaik, itu belum. Insya Allah, Siti akan belajar untuk memperbaiki segalanya. Sebagai seorang Islam, kita sudah ada kewajiban dan batas-batas kehidupan dan Siti berusaha menjadi insan yang sempurna. Siti juga senantiasa mau melakukan yang terbaik setiap hari dan memperbaiki diri kerana di sisi Allah, kita merupakan insan yang lemah. Dan Siti percaya, Allah selalu menyertai kita.

Tentang Penulis

Avatar photo

Asih Arimurti

Wartawan Majalah Panji Masyarakat

Tinggalkan Komentar Anda

Discover more from PANJI MASYARAKAT

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading